B270..


Assalammualaikum. Malam ni aku betol-betol sebak gila. Nak tau sebab apa tak? Haa sini aku gitau.. Aku rindu IBU AYAH ABANG AKAK ABANG IPAR DAN ANAK-ANAK BUAH aku k. Mesti korang pelik kenapa aku letak tajuk aku B270 kan? Untuk pengetahuan korang semua itu no rumah aku. Sebenarnya aku rindu segala bagai yang ada kat Muo tu. Rindu gila-gila tau. Jasad aku masih dekat BP tapi hati aku dekat Muo. Sumpah aku cakap, aku taip ini semua sambil menangis k. Menangis kerana rindu takpe. Hmm

Ibu, ayah, akak, joe, aku rindu dekat korang ni. Ada tak korang rasa yang sama macam mana aku rasa kat korang? Mesti tak kan.. Yes, I know that. Sampaikan hati Kak Nem, bila orang suruh datang sini ajak ibu kau boleh cakap "orang sume nak balik buka dekat rumah, kau pulak sibuk suh ibu datang sana" weh. Kau pernah tak terfikir apa perasaan aku bila kau cakap macamtu. Mesti tak kan? MESTI kau lagi nak panaskan hati aku kan kak. Takpe kak aku dah biasa macam ni sebabtu aku terima dan redha apa yang orang buad aku. Aku tahu kekadang apa yang aku buat TAK semua orang puas hati tapi korang sendiri yang buad aku rasa nak jauh diri. Pernah tak korang tau semua tu? Pernah tak.. Sedih aku dibuadnya adalah.. Hmm

Tapi bila dah jauh dengan korang aku rasa rindu sangat-sangat. Rindu nak kena marah, membebel, buad lawak dengan tak kena tempat, ketawa terbahak-bahak macam orang lupa diri, gossip, dengki bebudak ni, YANG paling penting rindu nak makan masakan dari air tangan ibu. Pehh, kalau dapat makan ikan parang masak asam pedas, pehh memang hmm ah. Haha, Korang tau tak, aku ni orang pertama akan makan nasi than ambik sekelor ikan parang tu, tapi biasanya aku akan ambik ekor dia. Bagi aku ekor dia lagi nikmat daripada badan/kepala. Hee, lagi satu sejak dah duk jauh ni, duit macam susah sikit nak keluar. Susah yang teramat, dengan card bank problem, duit takde, itu ini semua takde. Pening aku k.

Ingatkan aku duk BP tak nak sampai lelama tapi entah macam mane mood aku boleh nak duk sini lelama lak, bila dah datang masalah satu persatu barulah nak mengadu memacam dekat Along, kau tau tak Along  banyak tolong aku. Banyak gila kot, aku takde topup senang je hidup aku, ask topup dekat akak-akak aku, nasib baik bagi kalau tak bagi aje merana hidup aku kan. Hee, pape pun thanks lah sebab banyak sangat tolong aku. Nanti aku dah kaya aku bayau balik eh, hehe. Akak yang bernama Kasma Mohamad. Aku rindu dekat kau ni, sabtu ni dengau cerita hang mau balik, tolong kesian dekat aku dan datang sini ajak ibu. Weh aku nak jumpa Akmar lah. Haritu dapat memain & cium dengan dia kejap je. Tak puas tau makdik ni nak memanje dengan Baby Akmar. Haish, dah balik nnti makdik takde. Tapi raya insha-Allah makdik ada. Tunggu tau sayang. Hee

Untuk akak aku yang bernama Hafifah Mohamad tu pula, hang sini aku gitau kau kak. Dah lama gila tak g jenjalan dengan kau, kena marah dengan kau. Pehh, bila ingat kau je aku terasa rindu dekat Yasmin, Mimien, alaa budak tomel-tomel yang rambutnya keting tu. Haish, bila dah jumpa nnti mesti tak kenal itu lah budak. Mien, makdik rindu dekat mien ni. Rindu nak tidokan mien. Haish, kenapa lah makdik ko ni boleh tersesat jauh kat BP eak. Ni lah nasib seorang adik yang perlukan akak-akak dia dirumah tetapi semua tu hanya dapat dihari minggu je, sebabnya hari minggu jeh dapat jumpa korang semua. Tapi itu semua dulu k, sekarang dah jauh tak boleh nak jumpa setiap minggu. Orang kat Muo bukan main berbuka dengan ibu & ayah, aku katsini berbuka dengan karenah budak china, Kak Bell & Kak Lien. Nasib baik lah makdik ko ni dah ada kawan kalau tak aku tak tau lah. Bagusnya naa cakap untuk diri sendiri. Hahaha :b

For you bro, Fadhil Mohamad. Haa kau tak payah cakap memang langsung tak hirau pasal adik kau sorang
 ni, tapi aku tau kau pasti akan hiraukan aku sebab duit Raya nanti. Hahaha, percayalah cakap aku. Gerenti balik nanti kau akan tanya gaji dah dapat ke belum. Masatu juga aku akan gelak sebab apa nak tau? Sbbnya apa yang aku jangka akan menjadi. Hee. Eh joe, untuk duit raya aku bagi lebih sikit dari tahun-tahun lepas okay? Hahah, tahun ni pasti aku akan salam minta maaf dengan kau. Jangan risau. Bytheway, rindu nak gaduh kena marah rebut remote astro dengan kau. Tahu tak gila bila rebut remote tu, yela abang aku ni suka sangat cerita korea, bila dia balik je orang yang dalam rumah tu kena faham sebabnya remote tu pasti akan ada ditangan dia. Dan orang lain terpaksa pasrah menyerah kerana tak dapat tengok cerita yang perlu ditontonkan. So nak dikatakan aku memang banyak bersabar dengan dia, ye memang sangat banyak sampai satu masa tu, aku dah menyirap aku terus belah. Hahah, ni lah kehidupan adik beradik aku k. 

Hmm, aku rasa setakat ni jea kot tahap kerinduan aku kat dorang. Hee, untuk abang-abang ipo aku, aku pun rindu nak kena perli kena marah walaupun lepas kena marah aku buad muka selamba badak je. Haha, kejam betol aku ni. Tapi dorang dah biasa dengan perangai aku camni. Hee, and sebelum lupa harap-harap ayah tak patong line wifi dekat rumah tu. Hee, sayang sangat lah eak dengan wifi tu. Ala lagipun betol cakap ayah, takde orang katrumah tapi pasang wifi duit tetap kena bayao pulak tu. Hee, takpe yah nnti kita balik, lepasni wifi tu tak membazir at least ade orang gunakan. Hee, k lah bye. Nenight korang :)
Muhammad Akmar Bin Nizam
Kasma, Hanim dan Hafifah.
Yasmin Hanan Binti Abdul Rahman.