Cried

Aku menangis. Menangis kerana apa? Tu semua biar aku dengan Allah je tau. Sakit, kecewa, bengang, malu, semuanya cerita pasal hidup aku sendiri. Aku jadi macam ni bersebab. Aku takot, takot nak lalui semua ni lagi. Sekarang dihadapan orang aku berpura-pura baik, ok je, senyum, gelak ketawa tapi orang tak nampak apa yang aku rasa dalam hati. Aku penat nak lalui semua ni tapi kena dan harus lalui juga.

Kadang-kadang aku wujud bila diperlukan, apa yang orang nak dari aku, aku beri dan selepas apa yang mereka dapat aku akan terus mendiamkan diri. Bila susah cari bila senang dilupakan. Ni pepatah yang patut diberi. Aku bukan manusia yang wujud untuk memberi segala permintaan kau. Aku wujud kerana Allah. Allah s.w.t. Apa yang kita lalui tu memang berat untuk dipikul tapi kalau dah terbiasa, adakah masih berat lagi? Tidak k. Mula-mula je susah, lama-lama oklah.

Aku manusia bukan haiwan yang patut dicaci maki segala bagai. Semua orang tak sempurna begitu juga hidup aku. Setiap orang pasti ada masalah, dan dimana jua pun kita pergi masalah kita tetap ada dalam diri kita. Aku tak menyalahkan diri sendiri taupun mana-mana orang. Tapi aku bersyukur kerana apa yang aku lalui semuanya diberi daripada Allah. Lagipun ini semua dugaan. Apepun yang jadi pada diri aku, aku akan pastikan diri ni Kuat dan bukanlah Lemah.

Kuat untuk hidup. Kalau one day aku lemah tak bermakna aku akan lemah selamanya. Lagipun masa hidup aku masih panjang lagi. Aku akan berubah, berubah untuk masa depan. Dulu memang aku jahat tapi sekarang tidak. Mungkin itu pada aku tapi daripada orang lain, mungkin tidak. Jahat sangat ke aku ni sampaikan nak tegur dengan cara yang baik pun kena maki/kena marah. Aku orang kau orang. Kita sesama melayu & sesama islam. Nasib aku yang nampak/tegur dahulu, jika kalau orang lain yang nampak/tegur kau mesti rasa Tebel gila muka kau. Aku disini bukan nak mengutuk tapi aku cuma nak cakap benda yang benaR.

Kadang-kadang aku asyik nampak kesalahan orang je tapi aku tak pernah nak nampak kesalahan diri sendiri. K, sejujurnya aku sedar aku memang tak baik punya orang tapi otak aku masih waras at least aku nak buad sesuatu aku pk kasi panjang baru aku bergerak. Selagi tak abis pk memanglah aku tak akan bergerak. Hidup aku bukan saja untuk diperlukan malah untuk dicaci maki. Aku penat, penat dengan semua ni. Aku memang penat dengan perangai orang macam ni. Tak cukup ke apa yang ada di depan mata. Kenapa perlu nampak yang dibelakang. Weh aku didepan, kau pilih yang dibelakang. Sekarang kau tak nampak tapi bila one day kau hilang apa ada depan mata kau rasa menyesal dan time tu baru kau terhegeh-hegeh datang minta bantuan.

Maaflah, sekiranya ayat ini boleh buad mana-mana orang tersentuh. AKU MENANGIS kerana dicaci dimaki. Allah maha adil. Apepun yang berlalu semuanya ada hikmah. Nobody to knows what do I fell. Tired at all this. I'm cried. Cried till I die. Hahaha, siaw! Kbye. Nenight